Saturday, April 4, 2009

TOPENG

Kebelakangan ini, PR serta penyokong-penyokongnya cenderung menggunakan topeng ketika berkempen. Topeng yang sering digunakan ialah topeng yang menyerupai wajah pemimpin utama mereka khususnya calon PAS iaitu Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin yang akan bertanding di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Tidak ketinggalan topeng berwajah wanita Mongolia-Altantuya Shaariibuu yang tujuannya jelas untuk menghina dan mengaitkan wanita tersebut dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apakah ini yang dikatakan kempen yang matang dan berhemah? Umum mengetahui bahawa topeng merupakan alat permainan kanak-kanak. Apakah yang mereka cuba sampaikan? Apakah mereka cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa mereka GEMAR PERMAINAN KANAK-KANAK INI KERANA KEMATANGAN MEREKA JUGA ADALAH SEPERTI KANAK-KANAK?

Topeng juga sering digunakan sebagai salah satu alat oleh kumpulan perompak ketika melakukan rompakan. Apakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa MEREKA TERTARIK DENGAN MODUS OPERANDI YANG BIASA DIGUNAPAKAI OLEH PEROMPAK KETIKA MEROMPAK?

Jika dikaji dengan lebih mendalam, topeng merupakan perlambangan kegusaran seseorang individu untuk menyerlahkan wajah sebenar mereka. Seseorang yang tidak ingin dikenali atas sebab-sebab tertentu biasanya akan memilih topeng sebagai pelindung wajah sebenar mereka. Apakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa WAJAH SEBENAR DAN SIKAP SEBENAR PEMIMPIN MEREKA ADALAH AMAT HODOH SEHINGGA TERPAKSA BERSEMBUNYI DI SEBALIK TOPENG?

Jadi sebelum anda mengambil keputusan untuk keluar ke jalanan dengan memakai topeng, fikirkan dahulu persoalan-persoalan yang dikemukan di atas.


3 comments:

Anonymous said...

Orang yang bertopeng tu lanun.Mereka buat kerja jahat. Nak dapat sesuatu tak kira apa...janji boleh dapat. Tulah pakatan. Gadai itu gadai ini janji dapat penuhi nafsu serakah mereka...akhirnya Malaysia hancur, bangsa terkubur..anak cucu merana. Mereka ni tak boleh diberi peluang memerintah...

Anonymous said...

Jangan jadi lanun...bertopeng di muka beraja busuk di hati!!!! Jangan biarkan mereka mempengaruhi minda dan pemikiran anda!!!!

Anonymous said...

Esok adalah lanun-lanun bertopeng ni merayu undi. Orang ramai jangan terkejut dan terpengaruh. Mereka semua lanun membawa padah kepada agama, bangsa dan negara. Pakatan adalah pejuang-pejuang munafik!!!!!!

 
Load Counter
massage chair