Sunday, April 5, 2009

SIAPA PENDERHAKA SEBENAR?


Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi telah mengundurkan diri sebagai Menteri Besar atas nasihat Allahyarham Tun Hussein Onn pada 30 September 1977 selepas Sultan Perak-Almarhum Sultan Idris Shah tidak memperkenalkan perlantikan beliau.

Ir. Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mendapati Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN.

Tan Sri Ghazali patuh kepada pucuk pimpinan dan Raja-Raja Melayu kerana tidak mahu kepimpinan negara serba salah dan tidak mahu menyusahkan rakyat atau pemimpin negeri.

Ir. Nizar berdegil tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar malahan dengan angkuh mencabar Sultan Perak dengan ungkapan : "Ampun Tuanku, patik mohon derhaka...". Ungkapan itu bukti nyata beliau derhaka.

Tan Sri Ghazali memberi pengiktirafan kepada Menteri Besar yang baru dilantik.

Ir. Nizar tetap membantah walaupun Menteri Besar Perak yang baru sudah menerima watikah perlantikan daripada Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Februari 2009. Ir. Nizar juga enggan keluar dari rumah kediaman, enggan memulangkan kereta rasmi dan cuba memasuki semula Pejabat Menteri Besar, bukti kukuh beliau ingkar dan derhaka kepada titah Sultan Perak.

Tiada demonstrasi jalana berlaku semasa Tan Sri Ghazali meminta penyokongnya bertenang dan menghormati keputusan Sultan Perak.

Kerana gila kuasa, penyokong Ir. Nizar membuat demonstrasi jalanan, menyekat laluan Raja Muda Perak masuk ke istana, baring di atas jalan, menimbulkan huru-hara, memaki hamun, menyerang dan menakut-nakutkan orang awam, bertindak liar dan pecahkan harta awam.

Sehingga hari ini, Ir. Nizar masih berdegil. Maka siapakah yang sebenarnya PENDERHAKA?

1 comment:

Anonymous said...

Orang pakatan patut bacani...baru tau siapa yang derhaka sebenarnya. Yang dia orang sebarkantu cerita yang tak benar rupanya. Inilah taktik pakatan, sengaja putar belitkan fakta. tapi saya percaya mereka akan adakan cerita lain lagi kalau mereka baca faktani kalau tak percaya tengoklah nanti...dasar keras kepala dan hati dah hitam!!!

 
Load Counter
massage chair