Saturday, April 4, 2009

APA YANG MEREKA MAHU SEBENARNYA?

23 Mac 2009 yang lalu, akhbar Harakah telah digantung dari pasaran. Ini diikuti dengan akhbar Suara Keadilan. Tindakan tersebut diambil kerana didapati kedua-dua akhbar ini menyiarkan berita dan maklumat yang tidak tepat dan mengelirukan.

Dan tidak sampai 12 jam selepas mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan simpan rahsia sebagai Perdana Menteri Malaysia Keenam, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan keputusan menarik balik penggantungan kedua-dua akhbar tersebut.

Tindakan ini jelas menunjukkan kesungguhan pentadbiran baru negara dalam menyokong hak dan kebebasan bersuara di sebuah negara beracuankan demokrasi seperti Malaysia.

Walau bagaimanapun, tindakan dan pendekatan murni ini dipandang serong. Ironinya pandangan serong ini dipromosikan oleh PR yang satu ketika dahulu amat lantang 'menjerit' agar penggantungan tersebut ditarik semula.

Mereka mendakwa tindakan menarik semula penggantungan kedua-dua akhbar tersebut adalah tindakan populis pucuk pimpinan baru yang tujuannya tidak lain ialah untuk meraih sokongan rakyat Malaysia khususnya di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Bukankah ini sesuatu yang mengelirukan? Jika penggantungan tidak ditarik semula, BN dikatakan menyekat kebebasan bersuara. Setelah penggantungan ditarik semula, BN dikatakan mengejar populariti dan ingin meraih sokongan rakyat. Pendek kata apa sahaja yang dilakukan oleh BN, pihak yang dikepalai oleh PR sentiasa tidak berpuas hati.

Ini membawa kepada persoalan baru iaitu APA SEBENARNYA YANG MEREKA MAHUKAN DAN APAKAH SEBENARNYA YANG MEREKA PERJUANGKAN?

Dan kepada seluruh warga Malaysia khususnya pengunjung blog ini, adakah pemimpin sebegini yang anda inginkan untuk memimpin anda dan anak cucu anda nanti?

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

nizar bapak "ISLAM DAP DI PERAK" dan nampaknya tok guru yang lain pun dah ikut ISLAM DAP... BUKAN ISLAM YANG SYUmul.Ramai orang pas dah meluat sebab nizar laksanakan DAP = dunia aku punya!....MAKA MARILAH TOLAK GAGASAN NEGARA ISLAM NIZARZORO BERTOPENG INI. NIZAR 2 IDENTITI DALAM SATU MASA IAITU MELAYU DAN CINA. MAKA UNTUK SEMBUNYIKAN DIRINYA YANG SEBENAR MAKA DIA GUNA TOPENG. YANG GUNA TOPENG NI PEROMPAK.... PEROMPAK DAN PEROSAK MARUAH DAN KEDAULATAN MELAYU LAH TUUUU...

MAKA SAHLAH "PAS AMALKAN ISLAM DAP = DAPAT AKU PUNGAH"

Anonymous said...

Ni la....kalau dah tak tau bersyukur. patutnya berterima kasih dengan kerajaan pasal bagi peluang...ni tak, memang dah dasar lanun, duniani seolah-olah milik mereka sendiri. Sesuai sekalilah rakyat tak sokong PAS, DAP dan PKR. Mereka semua ni lanun yang tak sedar diri...

 
Load Counter
massage chair