Thursday, April 2, 2009

TAHNIAH!!

Tahniah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia.

Hari ini (3 April 2009), rasmilah Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam menggantikan Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke lima bermula Oktober 2003.

Semoga Malaysia terus maju dan makmur di bawah pentadbiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak.

Tahniah juga kepada Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi kerana telah menerima Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun dan Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne binti Abdullah kerana telah menerima Darjah Kebesaran Seri Setia Mahkota yang juga membawa gelaran Tun.

Sekali lagi..Tahniah dan selamat bertugas kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia.

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

SAYA JUGA DENGAN AMAT SUKACITANYA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA YAB DATUK SERI NAJIB SELAKU PM MALAYSIA KE 6.

Anonymous said...

Hai Pak Jib....tabik la sama lu. Semoga Malaysia akan terus bangun dan maju dengan cara terhormat. Kami sokong BN!!!!!!

 
Load Counter
massage chair