Monday, March 30, 2009

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK.

Seperti yang dijangka, PR bertubi-tubi menyalahkan tindakan Sultan Perak yang mereka dakwa bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dalam kempen mereka untuk menguasai dan menawan Bukit Gantang. Pengundi terus dikelirukan dengan teori-teori yang dikatakan benar tetapi sebaliknya teori-teori tersebutlah yang sebenarnya bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Untuk makluman kita semua, terdapat beberapa seksyen di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang membenarkan tindakan Sultan Perak tersebut. Antaranya ialah :

1) Seksyen 16 (6) - Baginda mempunyai kuasa tidak memperkenankan pembubaran DUN. Secara automatik jawatan Menteri Besar dan Jemaah EXCO gugur.

2) Seksyen 12 (1) & (2) - Perlembagaan Negeri Perak memberi kuasa kepada Sultan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu dan beragama Islam.

3) Seksyen 16 (2a) - Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

4) Seksyen 18 (2a) - Kuasa melantik Menteri Besar.

5) Seksyen 7, Akta Tafsiran - Menguatkan lagi kuasa Sultan yang memegang, menjawat dan menjalankan fungsi-fungsi jawatannya.

6) Seksyen 71 (Perlembangaan Persekutuan) - Persekutuan adalah menjamin hak raja sesuatu negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan raja negeri itu mengikut perlembagaan negeri itu. (Ini bermakna kuasa budibicara Sultan Perak yang termaktub di bawah perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak). Undang-Undang Tubuh Negeri Perak adalah kuasa mutlak dan sebenar yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Justeru taktik PR yang memutarbelitkan isu ini bukan sahaja dilihat sebagai taktik yang mengelirukan malah taktik itu juga adalah lambang penderhakaan mereka terhadap Sultan Perak.

MENGENALI ISMAIL SAFIAN.

Calon BN dalam Pilihan Raya Kecil P059 - Parlimen Bukit Gantang ini merupakan anak watan yang lahir di Kampung Kubu, Bukit Gantang pada 27 September 1960. Perkongsian hidup dengan Puan Poziah Haji Noh telah dianugerahkan dengan lima orang cahaya mata.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Dato' Panglima Bukit Gantang dari 1967 hingga 1972 sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Menteri, Changkat Jering dari 1973 hingga 1975.

Seterusnya beliau menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Dr. Burhanuddin, Taiping pada 1976 dan 1977 sebelum ke Sekolah Menengah Sains Pulau Pinang dari 1978 hingga 1980. Dari situ beliau berjaya menjejakkan kaki ke menara gading apabila diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dari 1980 hingga 1984.

Beliau mula menabur jasa kepada rakyat sebaik sahaja melangkahkan kaki keluar dari menara gading apabila beliau berkhidmat sebagai guru matematik di Maktab Rendah Sains MARA, Taiping bermula 1985 hingga 1988.

Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kerian dari 1988 hingga 1999 sebelum menjawat jawatan yang sama di Majlis Perbandaran Manjung dari 1999 hingga 2008. Beliau kemudiannya menyertai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dengan jawatan yang sama dari Mei hingga Julai 2008.

Kini beliau merupakan Pengarah Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Beliau mula berjinak-jinak dengan dunia politik pada 1984 apabila dipilih sebagai Setiausaha Pemuda UMNO, Bahagian Bukit Gantang sebelum dilantik sebagai Setiausaha UMNO, Bahagian Bukit Gantang pada 1999.

Kecemerlangan beliau dalam UMNO turut menyebabkan beliau terpilih menjadi Timbalan Ketua UMNO, Cawangan Kampung Kubu, Ketua Penerangan UMNO Bukit Gantang dan Setiausaha Barisan Nasional, Bahagian Bukit Gantang.

Jasa dan bakti beliau dalam dunia politik dan sosial turut mendapat pengiktirafan apabila beliau dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Majlis Daerah Kerian pada 1994, 1996 dan 1997. Beliau turut menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT) pada 1992, Pingat Ahli Mangku Perak (AMP) pada 1997, Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) pada 2006, Pingat Bintang Cemerlang Melaka (BMC) pada 2006 dan Pingat Paduka Mahkota Perak (PMP) pada 2008.

KENAPA TIDAK BUBAR DUN PERAK?

Usai penamaan calon, maka bermulalah siri ceramah dan kempen semua calon yang bertanding. Bagi P059 - Parlimen Bukit Gantang, ketiga-tiga calon iaitu Ismail Saffian (BN), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (BEBAS) cukup sibuk mendekati pengundi dengan cara dan pendekatan masing-masing bagi memenangi hati mereka.

Namun di kem pembangkang khususnya PAS, persoalan mengenai MENGAPA SULTAN PERAK TIDAK BERSETUJU UNTUK MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI KETIKA PROSES PERALIHAN KUASA dahulu masih menjadi agenda utama mereka. Ini jelas menunjukkan mereka tiada modal dan idea baru untuk dimomok-momokkan kepada pengundi.

Bagi membantu kita memahami situasi dan sebab mengapa Sultan Perak tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak, mari kita ikuti penjelasan berikut.

1. Dari segi Undang-Undang Tubuh Negeri, Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti berikut :
- Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk TIDAK MEMPERSETUJUI PERMINTAAN BAGI MEMBUBARKAN DUN.

2. Dalam konteks pembentukan negara, pandangan rakyat semata-mata tidak boleh diambil kira kerana ia berasaskan kepada emosi dan persepsi. Pada kebiasaanya bukan berasaskan kepada perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. (Perkara ini tertakluk pada perlembagaan dan undang-undang).

3. Sultan berlaku adil dengan mengambil kira suasana dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan Pakatan Rakyat telah hilang sokongan majoriti ADUN.

4. Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN BEBAS secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.

5. Dalam hal ini, Sultan mempunyai 3 pilihan iaitu :

- Membubarkan DUN dan satu Pilihan Raya Kecil diadakan,
- Mengadakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, atau
- Mengenal pasti dan membenarkan parti yang mendapat sokongan majoriti untuk menubuhkan Kerajaan

Sehubungan itu, baginda memilih pilihan yang ketiga iaitu memilih BN untuk menubuhkan Kerajaan setelah baginda berpuas hati bahawa BN adalah parti yang mendapat sokongan majoriti.

6. Sultan Perak adalah seorang yang bijaksana, berilmu serta berpengalaman luas dalam bidang perundangan kerana pernah menjadi Ketua Hakim Negara. Jadi sudah semestinyalah segala keputusan yang dibuat oleh baginda telah dipertimbangkan dengan adil dan bijaksana serta mengikut lunas undang-undang.

Jadi sekiranya selepas ini kita masih dimomok-momokkan dengan isu ini, maka jadikanlah penjelasan ini sebagai benteng minda kita agar tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Sunday, March 29, 2009

PENAMAAN CALON PRK P059

Proses penamaan calon telah berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu pada 29 Mac 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Tiga orang calon bakal berentap pada Pilihan Raya Kecil P059 - Parlimen Bukit Gantang iaitu Ismail Saffian (BN), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (BEBAS).

Ismail Saffian dilihat sebagai calon favourite kerana beliau merupakan anak tempatan dan terkenal sebagai individu yang benar-benar memahami senario dan permasalahan yang dihadapi oleh warga Bukit Gantang.

Latar belakang beliau sebagai Pengarah Sumber Manusia di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam telah mendekatkan beliau dengan masyarakat dan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka.

Antara pemimpin tertinggi BN yang turut hadir memberikan sokongan kepada calon BN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Setiausaha Agung UMNO serta beberapa menteri besar lain.

Dua bekas Naib Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut mengiringi Ismail.

Ribuan penyokong dari semua parti komponen BN yang hadir sudah cukup menggambarkan sokongan padu rakyat khususnya warga Bukit Gantang kepada calon BN tersebut. Walau pun kehadiran mereka mencecah ribuan orang namun mereka tetap menjaga disiplin masing-masing dan tidak mencetuskan sebarang kekacauan sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

TERIMA KASIH!!


Terima Kasih Pak Lah. Jasamu akan tetap abadi dalam kenangan.

Friday, March 27, 2009

TAHNIAH!!


Sebaik sahaja diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru, sudah ada suara yang mempertikaikan kredibiliti YB Khairy Jamaluddin dalam menerajui sayap parti tersebut..

PERSOALANNYA..

Adilkah menghukum beliau tanpa memberi peluang kepada beliau untuk menunjukkan kebolehan dan keupayaannya memimpin?

MEREKA BUKAN SAHAJA INGINKAN KERUSI PARLIMEN MALAH.........


Apakah sebenarnya yang sedang difikirkan oleh PR ketika menggunakan kerusi kuning seperti di atas?

Wednesday, March 25, 2009

ENAM

6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU SOKONG BN PERAK..

1. Barisan Nasional Perak mempunyai 31 sokongan Ahli Dewan dan 28 daripadanya di bawah satu lambang parti iaitu Barisan Nasional.

2. Permainan lompat parti adalah ciptaan Dato Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu terimalah akibatnya umpama `senjata makan tuan'.

3. Setelah melihat kerakusan kuasa dan penyelewangan yang berlaku dalam kerajaan negeri di bawah kerajaan campuran,ketiga-tiga ADUN Bebas membuat pengorbanan besar dengan mengenepikan kepentingan peribadi jawatan dan menggadai masa depan politik mereka untuk negara dan bangsa.

4. DYMM Sultan Perak berhak melantik Menteri Besar baru yang mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli- ahli Dewan Undangan Negeri dan secara automatik mendirikan kerajaan baru di Perak. Mengikut undang- undang tubuh negeri Perak 16(2) mengatakan bahawa rakyat wajar menyokong pendirian ADUN yang mereka pilih.

5. Mengikut fasal (18)(2) DYMM Sultan Perak bolehlah memutuskan mengikut pertimbangannya sendiri melantik seorang Menteri Besar dan keengganan untuk membubarkan DUN.

6. Apabila YB Nizar Jamaluddin mengistiharkan pembubaran DUN tanpa perkenanan DYMM Sultan Perak bermakna beliau telah menerima hakikat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dun. Maka mengikut pertimbangan DYMM Sultan Perak, maka wajarlah dilantik seorang Menteri Besar yang baru.

Monday, March 23, 2009

SENYUM KAMBING


Pemimpin utama pemBANGKANG kini diBANGKANG oleh pemBANGKANG sendiri?

KERAJAAN DI BAWAH POKOK.





















Persidangan Kerajaan PR Perak di bawah pokok mengingatkan kita kepada satu adegan di dalam filem Laksamana DO RE MI karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Mungkinkah tindakan Kerajaan PR Perak tersebut disebabkan oleh pengaruh TV?
Melihatkan kepada 'kematangan' mereka ini, Kerajaan PR Perak tidak sepatutnya bersidang di bawah pokok. Mereka lebih sesuai bersidang di atas pokok.

ANJING BN?


Tindakan PR yang meng'anjing'kan Mufti Perak dilihat amat keterlaluan. PAS yang menjaja Islam sebagai perjuangan utama seharusnya tidak terlibat dengan tindakan tersebut. Ajaran Rasulullah SAW yang sentiasa mengingatkan umatnya agar berlaku adil dan tidak menghina musuh nyata tidak dipraktikkan di sini.

Mungkin alasan PR mengambil tindakan ini adalah ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan Mufti Perak yang memihak kepada istana dalam isu peralihan kuasa di Perak. Situasi ini nyata bertentangan dengan pandangan ulama yang memihak kepada PR.

Sebenarnya adalah menjadi satu kelaziman apabila ada dua atau lebih ulama berbeza pandangan dan pendapat mengenai sesuatu perkara. Apabila ini berlaku, golongan yang bukan ulama atau rakyat biasa boleh memihak kepada satu ulama tetapi dalam masa yang sama TIDAK BOLEH MENGHINA DAN MENGHUKUM ULAMA YANG SATU LAGI. Ini kerana setiap ulama memberi pandangan berdasarkan sandaran-sandaran tertentu yang diambil dari AlQuran dan Hadith. Maka MENGHINA DAN MENGHUKUM ULAMA YANG SATU LAGI bererti MENOLAK SANDARAN YANG DIDASARKAN DARI ALQURAN DAN HADITH.

Maka tindakan meng'anjing'kan seorang Mufti yang bertaraf ulama adalah sesuatu yang amat tidak wajar walau apa pun alasannya.
 
Load Counter
massage chair