Tuesday, July 31, 2012

Apakah Projek Yang Dilaksanakan Oleh LYNAS?


LYNAS Malaysia Sdn. Bhd. (LYNAS) adalah syarikat milik penuh LYNAS Corporation Ltd. dari Australia yang menjadi pengeluar dan penjual Nadir Bumi dan produk berkaitannya.

LYNAS merancang untuk mengimport bahan mentah Nadir Bumi dari Mount Weld di Australia Barat dan diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

LYNAS telah mendapat kelulusan Lesen Pengilang untuk menghasilkan ‘Nadir Bumi Oksida & Karbonat’ di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan pada 22 Januari 2008 tertakluk kepada akta berikut :

i)          Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
ii)         Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Kilang LYNAS di Gebeng akan mengeluarkan Nadir Bumi untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.  Residu yang terhasil dari proses pengilangannya akan dikitar semula sebagai produk komersil.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Monday, July 30, 2012

Apakah Nadir Bumi?



Nadir Bumi yang terhasil secara semulajadi adalah elemen penting di dalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pembuatan pelbagai produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalytic converter, turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata.

Pemintaan dunia untuk Nadir Bumi kini semakin meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan yang mana China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.

Pemprosesan Nadir Bumi ini mampu menarik pelaburan industri hiliran seperti pembuatan super magnet, komponen kenderaan hybrid, kapasitor seramik, polishing powder, mentol jimat tenaga dan sebagainya.

Industri ini akan membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan kimia.

Industri sokongan seperti pembekalan peralatan dan bahan-bahan kimia, logistik serta industri sokongan yang lain juga akan menerima faedah dengan wujudnya industri ini.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Sunday, July 29, 2012

Bagaimana Timbulnya Isu LYNAS?



Awal 2011, masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional bimbang mengenai status keselamatan projek LYNAS dan dikhuatiri memberi kesan terhadap kesihatan dan keselamatan awam.

Kebimbangan ini ditokok tambah dengan kebocoran loji nuklear di Fukushima lanjutan tragedi tsunami di Jepun.

Ekoran daripada kebimbangan masyarakat mengenai aspek kesihatan dan keselamatan projek, pada 22 April 2011, kerajaan memutuskan untuk melantik Panel Pakar Bebas Antarabangsa bagi memastikan LYNAS mematuhi semua aspek kesihatan dan keselamatan.

Sementara menunggu keputusan ujian tersebut, LYNAS tidak diberikan lesen pra operasi dan tidak dibenarkan mengimport bahan mentah dari Australia.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
 
Load Counter
massage chair