Thursday, April 2, 2009

MINI BAJET 2009 (RM60 BILION)

MINI BAJET 2009 merupakan satu akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perbelanjaan bagi perkhidmatan untuk sebahagian daripada tahun 2009 dan bagi memperuntukkan jumlah wang itu untuk maksud-maksud yang tertentu bagi bahagian tahun 2009.

Walaupun negara-negara maju telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi yang begitu besar melebihi US$3 trilion, sejumlah besar digunakan untuk menyelamatkan institusi kewangan dan syarikat gergasi mereka, namun masih belum dapat memulihkan keyakinan para pengguna dan pelabur.

Ekonomi Malaysia telah mencapai pertumbuhan yang menggalakkan sebelum ini kerana kita berjaya meningkatkan perdagangan antarabangsa.

Kejatuhan mendadak pasaran global telah menyebabkan kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia. Ini memberi kesan negatif kepada sektor perkhidmatan yang biasanya berkembang pada kadar yang tinggi serta mempengaruhi sentimen pelabur dan pengguna.

Kerajaan yakin bajet asal 2009 yang memperuntukkan sejumlah RM206 bilion serta Pakej Rangsangan pertama yang berjumlah RM7 bilion dan Pakej Rangsangan Kedua ini bertujuan mengurangkan kesan penguncupan ekonomi global ke atas ekonomi negara.

Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, maka Pakej Rangsangan kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.

Rangsangan ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada usaha merangsang ekonomi dalam tempoh terdekat tetapi merangkumi juga inisiatif membina kapasiti ekonomi jangka panjang.

Ini bukanlah kali pertama kita menghadapi krisis. Negara telah menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran terutamanya dalam tahun 1969, 1972, 1986 dan 1997. Setiap krisis itu telah kita atasi dengan jayanya dan ekonomi telah muncul lebih kukuh.

Langkah ini telah meningkat potensi pertumbuhan negara yang telah membawa kepada kejayaan kita mencapai pertumbuhan ekonomi setinggi 9% pada awal 1990an. Kerajaan akan memastikan kedudukan fiskal kerajaan akan kembali mapan.

Bagi membantu golongan penganggur, kerajaan akan mewujudkan sebanyak 163,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di sektor awam dan swasta.

Kerajaan juga akan melaksanakan penempatan pekerjaan dan memberi insentif kepada majikan untuk mengambil dan melatih pekerja tempatan. Ini juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Peruntukan sebnayak RM700 juta akan disediakan bagi tujuan ini.

Selain itu, sejumlah 2,000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan akan disediakan di syarikat GLC terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti outsourcing, penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif.

1 comment:

Anonymous said...

Begitulah sekali kerajaan BN nak tolong rakyat. Walau negara mengadapi kelembapan ekonomi dunia negara masih stabil. Kerajaan BN tidak sia-siakan rakyat. Ramai rakyat masih hidup mewah...boleh pakai kereta besar, buat rumah besar, makan besar, gaji besar....orang-orang pakatan ada yang mati kebuluran ke?..

 
Load Counter
massage chair