Sunday, April 5, 2009

MENJAWAB PUTARBELIT PAS MENGENAI ISU DERHAKA

RAJA DAN UMNO SATU KELUARGA

UMNO tidak pernah menderhaka kepada Raja. UMNO dilahirkan di Istana Besar Johor pada tahun 1946 kerana Al-Marhum Sultan Johor sangat sayangkan UMNO sehingga bersetuju membenarkan istana baginda dijadikan tempat perisytiharan kelahiran UMNO. Sama sekali UMNO tidak derhaka kepada Raja Melayu kerana Raja-Raja Melayu umpama 'bapa kepada UMNO'.

UMNOlah yang menyelamatkan Raja-Raja Melayu daripada dihapuskan oleh British melalui cadangan penubuhan Malayan Union pada tahun 1947. British cuba menggantikan kuasa Raja Melayu dengan Malayan Union tetapi dibantah UMNO.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kuasa Raja Melayu. Wujud sistem Raja Berperlembagaan yang memberi kuasa kepada Raja Melayu sebagai Ketua Pemerintah dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.


TEGURAN PERKASA RAJA

UMNO menegur Raja-Raja Melayu pada tahun 1990 untuk mengembalikan maruah institusi Raja Melayu supaya Raja-Raja Melayu tidak digunakan oleh pihak tertentu. Teguran itu memperjelaskan hak-hak Raja Melayu dalam Perlembagaan.

Kuasa Raja-Raja Melayu tidak diubah. Imuniti Raja dalam perundangan tidak diubah. Yang diperjelaskan adalah apabila sesuatu rang undang-undang tidak ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dalam masa tertentu, ia boleh diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

Pemimpin UMNO tidak seperti NIzar Jamaluddin yang ingkar, degil dan biadap hingga SANGGUP DERHAKA DAN ENGGAN MOHON MAAF KEPADA PADUKA SERI SULTAN PERAK SEHINGGA SEKARANG.


1 comment:

Anonymous said...

Saya memang dah lama percaya BNlah yang perkasakan orang Melayu, Islam, bahasa melayu, tanah dan institusi raja. Dulu PERIKATAN kini BN, perjuangan untuk memperkasakan perkara-perkaratu tak pernah menurun. Cuma yang suka rosakan usaha memperkasakannya adalah pakatan yang tidak ada matlamat dan haluan yang betul. Tolak pakatan untuk perkasakan Malaysia.......

 
Load Counter
massage chair