Sunday, April 5, 2009

SIRIH PULANG KE GAGANG


Tanggal 28 Mac 2009 menyaksikan tercatatnya satu sejarah apabila Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Bekas Presiden UMNO-Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad beserta isteri muncul di dalam Perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC.

Sejarah sekali lagi terukir apabila pada tanggal 4 April 2009, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir kembali semula ke pangkuan UMNO. Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO yang baru-Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menerima borang keahlian beserta RM2.00 dari Tun Dr. Mahathir.

Seperti juga kebanyakan ahli UMNO dan parti komponen BN yang lain yang keluar meninggalkan BN, Tun Dr. Mahathir keluar meninggalkan parti bukan kerana tertarik dengan perjuangan dan manifesto pembangkang tetapi kerana kecelaruan dan masalah dalaman yang berlaku di dalam UMNO serta parti komponen BN yang lain.

Ini amat jelas apabila Tun Dr. Mahathir melalui beberapa siri, menzahirkan pandangan beliau mengenai kecelaruan dan kebobrokkan yang dicetuskan oleh ahli keluarga UMNO sendiri. Betapa UMNO perlu dirawat segera jika ahlinya tidak mahu melihat UMNO berkubur tanpa nisan.

Tun Dr. Mahathir bukan sahaja masuk semula ke dalam UMNO malah membantu jentera BN dalam menawan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Beliau sendiri turun padang dan bertemu dengan rakyat bagi meraih semula kepercayaan dan sokongan rakyat untuk berdiri semula di belakang BN.

Ini merupakan bukti bahawa Tun Dr. Mahathir tidak pernah melupakan UMNO dan BN. Kecintaan seorang negarawan terhadap partinya ini adalah contoh terbaik yang perlu diikuti oleh semua ahli BN khususnya mereka yang telah keluar dari parti tersebut.

Justeru, kepada semua anggota BN yang telah keluar meninggalkan bahtera BN, renungkanlah. Sekiranya seorang bekas pemimpin yang pernah memimpin sebuah negara dan sebuah parti telah kembali semula ke dalam parti atas dasar mempercayai sepenuhnya pucuk pimpinan baru negara dan parti, anda juga perlu melakukan perkara yang sama.

Kini tibalah masanya untuk anda semua masuk semula ke dalam BARISAN agar SAF pentadbiran negara akan lebih kukuh dan ampuh demi melahirkan SATU MALAYSIA.

2 comments:

Anonymous said...

Dulu saya menangis kerana Tun Mahathir undur jadi PM, sekarang menangis kerana Tun Mahathir bagai wira kembali ke UMNO. Sentuhan Tun tiada yang boleh lawan.....

Merisik Khabar said...

Teruskan perjuanganmu.......adinda senantiasa menyokong perjuangan kekanda dari belakang..........

We love u Tun Mahathir.....

 
Load Counter
massage chair