Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia Bakal Digalas Di Galas.


Esok (1 November 2010), jam 12.00 tengah hari, satu sejarah bakal tercipta. Buat pertama kalinya warga Galas berpeluang untuk menggalas piala paling berprestij dalam sukan bola sepak negara iaitu Piala Malaysia. Piala tersebut akan dibawa ke Dataran KESEDAR, Gua Musang.

Turut akan bersama warga Galas esok ialah para pemain The Red Warrior.

Justeru warga Galas dan kawasan sekitarnya dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan yang julung-julung kalinya diadakan ini.

Warga Galas kini adalah sebahagian daripada sejarah gemilang Kelantan. Dan pada 4 November 2010, warga Galas sekali lagi berpeluang untuk mencipta satu lagi sejarah gemilang iaitu dengan memastikan kemenangan kepada calon BN dalam PRK N45 DUN Galas. Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah KEMENANGAN BERGANDA kepada warga Galas khususnya dan warga Kelantan amnya.

Friday, October 29, 2010

Menggalas Sokongan The Red Warrior


30 Oktober 2010 - Demam PRK N45 DUN Galas reda seketika bagi memberi laluan kepada Demam Piala Malaysia. Malam ini adalah malam penentuan. Perlawanan Akhir Piala Malaysia bakal menyaksikan pertemuan finalis tahun lalu iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan.

Skuad Kijang pastinya akan berusaha bermati-matian agar tidak berputih mata seperti tahun lalu sekaligus membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Malaysia. Manakala Negeri Sembilan selaku juara bertahan pastinya tidak mahu gelaran tersebut jatuh kepada lawan.

Atas semangat kesukanan yang tinggi serta sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan kesayangan - The Red Warrior, Barisan Nasional (BN) Kelantan telah bermurah hati menaja sejumlah 700 keping tiket percuma untuk diagihkan kepada jentera BN di dalam DUN Galas ini. Bukan itu sahaja. Sejumlah 25 buah bas turut disediakan bagi memastikan penyokong-penyokong pasukan Kelantan sampai dengan selamat ke Stadium Bukit Jalil.

Sumbangan tersebut juga adalah sebagai penghargaan kepada jentera BN yang bertungkus lumus membantu parti dan calon BN di dalam kempen PRK Galas.

Majlis pelepasan konvoi penyokong The Red Warrior telah disempurnakan oleh calon BN iaitu Saudara Aziz Yusof dan YB Datuk Razali Ibrahim - Timbalan Menteri Belia & Sukan yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (1), Gua Musang pada jam 10.00 pagi. Turut hadir ialah Saudara Bazlan Baharuddin - Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.

Sebelum berlepas, Saudara Aziz Yusof sempat mengingatkan para penyokong agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan memelihara tatasusila khususnya sepanjang perlawanan berlangsung.


SUASANA KEMERIAHAN PENYOKONG 'THE RED WARRIOR'

Laluan Pembangunan


Stesen Keretapi Gua Musang adalah antara stesen keretapi yang paling popular khususnya di Pantai Timur Semenanjung. Populariti tersebut adalah cetusan beberapa keunikan.

Antara keunikan paling ketara dan tidak terdapat di mana-mana stesen keretapi di negara ini ialah kewujudan para peniaga yang menjaja produk pertanian kampung seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam stesen tersebut. Majoriti para peniaganya adalah wanita warga emas daripada kawasan berhampiran.

Satu ketika dahulu, keretapi adalah merupakan pengangkutan paling mudah khususnya untuk sampai ke kawasan-kawasan pedalaman Semenanjung termasuklah Gua Musang.

Justeru tidak dapat dinafikan bahawa keretapi dan Stesen Keretapi Gua Musang turut memainkan peranan besar dalam pembangunan Gua Musang.
 
Load Counter
massage chair