Friday, April 3, 2009

TANAH SEKOLAH PERSENDIRIAN DI PERAK

Tiada penjelasan yang lengkap dari Kerajaan Pakatan Rakyat Perak ketika mereka menguasai Perak mengenai soal pemberian tanah kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sekolah Agama Rakyat Persendirian (SARP), Sekolah Tahfiz Al-Quran & Sekolah Pondok di Perak sama ada dari segi istilah, fakta dan angka yang sebenar.

Akibatnya rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia amnya menjadi keliru. Jika ditinjau penulisan blog-blog yang pro Pakatan Rakyat (PR) jelas banyak kekeliruan yang mana menjurus kepada pihak umum menuduh bahawa kerajaan BN kejam. Ini satu lagi persepsi negatif yang cuba ditanam oleh pihak PR dalam usaha mereka membenam BN di Perak.

Kekeliruan yang asas ialah dari segi istilah. Ada yang menyamakan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) dengan SMPC. Begitu juga dengan Sekolah Agama Rakyat Bantuan Kerajaan (SAR) dengan SARP.

Ada yang secara tidak sedar mendakwa bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran mengabaikan kebajikan SMJKC dan SAR sedangkan maksud sebenarnya ialah SMPC dan SARP. Fakta yang tidak tepat ini mencalarkan imej kerajaan. Fakta sebenarnya, kerajaan mempunyai tanggungjawab jika dikaitkan dengan SMJKC dan SAR.

Maka mengaitkan atau menyamakan SMJKC dengan SMPC dan SAR dan SARP adalah sesuatu yang nyata tersasar. Jelasnya, keempat-empat entiti tersebut adalah berbeza. Atas sebab perbezaan inilah tanggungjawab kerajaan ke atas setiap entiti adalah berbeza. Yang anehnya segala jasa kerajaan terhadap SMJKC dan SAR dinafikan. Walhal Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab ke atas sekolah jenis tersebut. Mungkin ini disebabkan oleh tempias kekeliruan istilah ‘PERSENDIRIAN’ itu sendiri.

Berbalik kepada isu pemberian tanah kepada sekolah persendirian di Perak. Kerajaan PR ketika menguasai Perak telah meluluskan sejumlah 400 hektar tanah kepada 9 buah SMPC. Rentetan pertikaian hebat isu tersebut, MB Perak ketika itu iaitu Dato’ Seri Ir. Muhamad Nizar Jamaluddin telah mengumumkan bahawa 1,000 hektar tanah sedang dalam proses kelulusan untuk diagihkan kepada SARP, Sekolah Tahfiz Al-Quran dan Sekolah Pondok.

Sebelum itu kerajaan PR Perak mengumumkan keluasan tanah yang diluluskan bagi SAR persendirian ialah sejumlah 200 hektar iaitu bagi 18 buah sekolah yang terdiri daripada 9 Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 9 Sekolah Agama Rendah. Perbandingannya adalah seperti berikut :

Keluasan Tanah SMPC = 400 hektar untuk 9 buah SMPC. Ini bermakna keluasan purata untuk setiap satu SMPC = 44 hektar (105 ekar).

Keluasan Tanah SARP = 200 hektar untuk 18 SARP yang terdiri daripada 9 Sek Men Agama Rakyat + 9 Sek Agama Rendah. Ini bermakna keluasan purata untuk setiap satu SARP = 11.11 hektar (26 ekar).

105 ekar dibandingkan 26 ekar? Bukankah bezanya itu terlalu besar? Keputusan kelulusan pemberian tanah ini adalah dibuat oleh ahli mesyuarat EXCO kerajaan negeri yang majoritinya DAP. Maka angka yang berat sebelah ke arah kaum Cina ini jelas menunjukkan kaum Melayu yang merupakan majoriti di Perak terpinggir di bumi sendiri. Hak Melayu nampaknya dipandang sepi. 26 ekar hanyalah gula-gula penyedap mulut Melayu Perak.

Mungkin ada yang berkata tidak sesuai membandingkan 400 hektar dengan 200 hektar. Keluasan tersebut hanya terdiri daripada keluasan tanah yang diluluskan untuk SMPC dan SARP. Kenapa tidak dibandingkan dengan 1000 hektar seperti yang diumumkan Nizar iaitu jumlah keseluruhan untuk SARP dan pelbagai institusi agama? Mari kita bandingkan pula angka 1000 hektar dan 400 hektar.

1000 hektar untuk katakan 40 buah sekolah dengan sejumlah 18 SARP, 15 Sekolah Tahfiz Al-Quran dan beberapa buah Sekolah Pondok (anggaran 7 buah). Setelah dibahagi iaitu 1000 hektar dibahagi 40 buah maka secara puratanya setiap sekolah tersebut akan mendapat hanya 25 hektar(59.5 ekar).

SMPC membolot 105 ekar tanah yang diluluskan atas alasan keadilan an menurut MB Perak ketika itu, Islam itu adil. Benar..Islam itu memang adil. Tapi yang tidak adil ialah Dato' Seri Nizar yang telah dipegang jari telunjuknya oleh DAP. Nizar menggunakan alasan Islam demi menutup isu kelemahan dirinya yang hanya berfungsi sebagai boneka DAP. Mana mungkin adil jika dilihat dan dibandingkan dengan apa yang diterima oleh orang Melayu berbanding orang Cina.

Justeru, pengundi-pengundi di Bukit Gantang khususnya orang Melayu perlu menilai dan menghayati isu ini sebelum membuang undi pada 7 April ini. Buka mata dan buka hati.

1 comment:

Anonymous said...

Alahai...saya sokong 100% lima gantang. Dah jelasdah, Pakatan guna tanah untuk ambik hati kroni-kroninya.Tunjuk baikhati la tu konon...tapi tak sedar bagi tanah pada individu, 99 tahun. BN tak guna taktik tu, BN ambik tanah untuk pembangunan nasional. Buat sekolah, masjid, hospital, pasar raya, kilang....semua rakyat dapat nikmati kemudahan-kemudahan itu. Lagipun tempat yang dibangunkan akan ada perumahan, jalan raya, api letrik, air paip, stesen bas dan macam-macam prasarana untuk rakyat....orang pakatan bukan saja buta mata tapi buta hati....

 
Load Counter
massage chair