Monday, March 30, 2009

UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI PERAK.

Seperti yang dijangka, PR bertubi-tubi menyalahkan tindakan Sultan Perak yang mereka dakwa bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dalam kempen mereka untuk menguasai dan menawan Bukit Gantang. Pengundi terus dikelirukan dengan teori-teori yang dikatakan benar tetapi sebaliknya teori-teori tersebutlah yang sebenarnya bercanggah dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Untuk makluman kita semua, terdapat beberapa seksyen di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang membenarkan tindakan Sultan Perak tersebut. Antaranya ialah :

1) Seksyen 16 (6) - Baginda mempunyai kuasa tidak memperkenankan pembubaran DUN. Secara automatik jawatan Menteri Besar dan Jemaah EXCO gugur.

2) Seksyen 12 (1) & (2) - Perlembagaan Negeri Perak memberi kuasa kepada Sultan melantik Menteri Besar di kalangan orang Melayu dan beragama Islam.

3) Seksyen 16 (2a) - Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN lain.

4) Seksyen 18 (2a) - Kuasa melantik Menteri Besar.

5) Seksyen 7, Akta Tafsiran - Menguatkan lagi kuasa Sultan yang memegang, menjawat dan menjalankan fungsi-fungsi jawatannya.

6) Seksyen 71 (Perlembangaan Persekutuan) - Persekutuan adalah menjamin hak raja sesuatu negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan raja negeri itu mengikut perlembagaan negeri itu. (Ini bermakna kuasa budibicara Sultan Perak yang termaktub di bawah perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak). Undang-Undang Tubuh Negeri Perak adalah kuasa mutlak dan sebenar yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Justeru taktik PR yang memutarbelitkan isu ini bukan sahaja dilihat sebagai taktik yang mengelirukan malah taktik itu juga adalah lambang penderhakaan mereka terhadap Sultan Perak.

1 comment:

Anonymous said...

Issh...issh...memang betultu limagantang. Orang pakatan PAS, DAP dan PKRtu memang kaki putarbelit. Mereka nak tubuh kerajaan pakatanpun tak sehaluan ideologi sebabtulah mereka pengaruhi minda orang guna putar belit. Dia ingat semua orangni tak sekolah ke? Kalau dah tak dapat majoriti, kenalah undur diri. Nak bentuk dewan kena ada majoriti dan diperkenan sultan. Aiii..janganlahnak putar belit pulak kata rampas kuasa rakyat...

 
Load Counter
massage chair