Wednesday, March 25, 2009

ENAM

6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU SOKONG BN PERAK..

1. Barisan Nasional Perak mempunyai 31 sokongan Ahli Dewan dan 28 daripadanya di bawah satu lambang parti iaitu Barisan Nasional.

2. Permainan lompat parti adalah ciptaan Dato Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu terimalah akibatnya umpama `senjata makan tuan'.

3. Setelah melihat kerakusan kuasa dan penyelewangan yang berlaku dalam kerajaan negeri di bawah kerajaan campuran,ketiga-tiga ADUN Bebas membuat pengorbanan besar dengan mengenepikan kepentingan peribadi jawatan dan menggadai masa depan politik mereka untuk negara dan bangsa.

4. DYMM Sultan Perak berhak melantik Menteri Besar baru yang mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli- ahli Dewan Undangan Negeri dan secara automatik mendirikan kerajaan baru di Perak. Mengikut undang- undang tubuh negeri Perak 16(2) mengatakan bahawa rakyat wajar menyokong pendirian ADUN yang mereka pilih.

5. Mengikut fasal (18)(2) DYMM Sultan Perak bolehlah memutuskan mengikut pertimbangannya sendiri melantik seorang Menteri Besar dan keengganan untuk membubarkan DUN.

6. Apabila YB Nizar Jamaluddin mengistiharkan pembubaran DUN tanpa perkenanan DYMM Sultan Perak bermakna beliau telah menerima hakikat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dun. Maka mengikut pertimbangan DYMM Sultan Perak, maka wajarlah dilantik seorang Menteri Besar yang baru.

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

link kan juga blog ini

http://bukitgantangbersatu.blogspot.com

Anonymous said...

Bukan sahaja kerana 6 sebab, kalau orang Perak tak sokong kerajaan BN maknanya mereka memilih jalan untuk tidak sehaluan dengan kerajaan persekutuan. Hiduplah mereka dengan kesukaran dan kepayahan dalam pelbagai hal yang sudah tentunya merugikan...

 
Load Counter
massage chair