Monday, March 23, 2009

ANJING BN?


Tindakan PR yang meng'anjing'kan Mufti Perak dilihat amat keterlaluan. PAS yang menjaja Islam sebagai perjuangan utama seharusnya tidak terlibat dengan tindakan tersebut. Ajaran Rasulullah SAW yang sentiasa mengingatkan umatnya agar berlaku adil dan tidak menghina musuh nyata tidak dipraktikkan di sini.

Mungkin alasan PR mengambil tindakan ini adalah ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan Mufti Perak yang memihak kepada istana dalam isu peralihan kuasa di Perak. Situasi ini nyata bertentangan dengan pandangan ulama yang memihak kepada PR.

Sebenarnya adalah menjadi satu kelaziman apabila ada dua atau lebih ulama berbeza pandangan dan pendapat mengenai sesuatu perkara. Apabila ini berlaku, golongan yang bukan ulama atau rakyat biasa boleh memihak kepada satu ulama tetapi dalam masa yang sama TIDAK BOLEH MENGHINA DAN MENGHUKUM ULAMA YANG SATU LAGI. Ini kerana setiap ulama memberi pandangan berdasarkan sandaran-sandaran tertentu yang diambil dari AlQuran dan Hadith. Maka MENGHINA DAN MENGHUKUM ULAMA YANG SATU LAGI bererti MENOLAK SANDARAN YANG DIDASARKAN DARI ALQURAN DAN HADITH.

Maka tindakan meng'anjing'kan seorang Mufti yang bertaraf ulama adalah sesuatu yang amat tidak wajar walau apa pun alasannya.

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

5 gantang... buka dan link juga

http://wirabukitgantang.blogspot.com

blog ni lagi gedeber buat covert dan jawab secara rebuttal

Anonymous said...

Orang yang buat kerjatu mengaku Islam tetapi berhati iblis yang sengaja dilakukan untuk memecahbelahkan umat dan menghapuskan Islam sebenar di muka bumi ini. Semoga mereka akan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Allahuakhbar!!!!

 
Load Counter
massage chair