Sunday, March 29, 2009

PENAMAAN CALON PRK P059

Proses penamaan calon telah berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu pada 29 Mac 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Taiping. Tiga orang calon bakal berentap pada Pilihan Raya Kecil P059 - Parlimen Bukit Gantang iaitu Ismail Saffian (BN), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizu Idris (BEBAS).

Ismail Saffian dilihat sebagai calon favourite kerana beliau merupakan anak tempatan dan terkenal sebagai individu yang benar-benar memahami senario dan permasalahan yang dihadapi oleh warga Bukit Gantang.

Latar belakang beliau sebagai Pengarah Sumber Manusia di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam telah mendekatkan beliau dengan masyarakat dan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah mereka.

Antara pemimpin tertinggi BN yang turut hadir memberikan sokongan kepada calon BN ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Setiausaha Agung UMNO serta beberapa menteri besar lain.

Dua bekas Naib Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam turut mengiringi Ismail.

Ribuan penyokong dari semua parti komponen BN yang hadir sudah cukup menggambarkan sokongan padu rakyat khususnya warga Bukit Gantang kepada calon BN tersebut. Walau pun kehadiran mereka mencecah ribuan orang namun mereka tetap menjaga disiplin masing-masing dan tidak mencetuskan sebarang kekacauan sepanjang proses penamaan calon berlangsung.

1 comment:

Anonymous said...

Lucu betul...calon dan Pemimpin PAS bangga, penyokongnya lebih ramai daripada BN...manataknya, diimpot dari segala dunia nak lagak hebat...nak tunjuk ganas, samseng...!!!ni nak bagi tau, itu taktik lamalah..saya sokong BN, biar sedikit, mereka tak sombong...berpada-pada!!!

 
Load Counter
massage chair