Thursday, May 17, 2012

DAKWAAN 8 : SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) MENAMBAH RAMAI PETUGAS YANG AKAN MENGUNDI SECARA POS PADA PILIHAN RAYA UMUM 13 (PRU13).


Sub Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundi Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos.  Justeru, melalui peruntukkan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.

Walau bagaimanapun, tidak ke semua petugas SPR akan mengundi secara pos.  Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain.  Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.

Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih.  Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian.  Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik petugas dalam jumlah yang ramai.  Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilh di kawasan mereka bertugas.

No comments:

 
Load Counter
massage chair