Thursday, May 10, 2012

DAKWAAN 5 : MASIH RAMAI PEMILIH BERUSIA LEBIH 100 TAHUN BERADA DALAM DAFTAR PEMILIH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR).

Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia. Jika ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskini rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada JPN bagi mengelak penipuan dan sebagainya.

No comments:

 
Load Counter
massage chair