Prinsip
ini mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Ia juga berkait rapat dengan nilai-nilai
moral dan akhlak masyarakat.
Prinsip
ini mesti menjadi panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat
sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan
tamadun negara yang berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Akar
tradisi dan budaya kita yang penuh tatasusila dan kesopanan seharusnya
dipelihara dan diamalkan supaya masyarakat kita bebas daripada hegemoni
kebudayaan barat yang mendukung falsafah liberalisme yang boleh merosakkan
akhlak dan moral masyarakat.
Kita
tidak mahu akhlak dan moral masyarakat kita lebur kepada budaya liberalisme,
hedonism dan apa juga budaya dekaden yang menghancurkan tata kesopanan dan
kesusilaan bangsa. Justeru, kerajaan
sentiasa prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun, berdisiplin
dan bermoral tinggi.
Kempen
‘Budi Bahasa & Nilai Murni’ yang dianjurkan oleh kerajaan adalah bertujuan
mewujudkan sebuah masyarakat yang memiliki sifat-sifat mulia, beradab, bersopan
santun, bertoleransi, saling memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun Negara ini.
Kehidupan
yang bersusila dan bersopan santun juga amat penting dalam konteks perhubungan
etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum (majmuk) di negara ini. Dalam konteks ini, setiap warganegara
sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan mengawal diri daripada
membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada sesuatu kaum berkaitan
kewarganegaraan, asal keturunannya, bahasa, kebudayaan serta kepercayaan dan
agama yang dianutinya.
SUMBER : Jabatan Hal
Ehwal Khas
2 comments:
Hi there friends, pleasant article and good urging commented
here, I am genuinely enjoying by these.
Here is my page louboutinshoe.mylivepage.com
salonfurniture.in offers high quality pedicure spa chairs that are beautifully designed, which include innovative functions for the ever-changing salon industry
Post a Comment