Tuesday, November 2, 2010

Evolusi Gua Musang



GUA MUSANG SEKITAR 1970AN


Wilayah Kelantan Selatan merupakan kawasan termundur dalam negeri termiskin di Malaysia. Barisan Nasional (BN) pada 1978 berjaya merampas Kelantan dari tangan pembangkang.

Gua Musang terletak paling selatan Negeri Kelantan Darul Naim dalam pentadbiran Ketua Jajahan Kuala Krai. Sebahagian besar kawasan Gua Musang diliputi hutan tropika yang tebal dengan pelbagai jenis flora dan fauna yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Sebelum 1986, Gua Musang hanya boleh dihubungi melalui jalan keretapi sahaja dengan bandar Kuala Krai di utara dan bandar Kuala Lipis di selatan.

Kegiatan ekonomi Gua Musang adalah pembalakan dan perlombongan emas di samping hasil-hasil hutan seperti buluh, rotan, damar dan gaharu.

Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Akta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan 1978 (Akta 203) dan telah dilancarkan pada 2 Mac 1978 oleh Perdana Menteri Malaysia Ketiga iaitu Tun Hussein Onn yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Kedua - Tun Abdul Razak.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ditubuhkan dengan Wilayah Pembangunan meliputi Jajahan Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah serta Gua Musang sebagai pusat pengurusan.

Penubuhan KESEDAR sebagai memenuhi manifesto Pilihanraya Umum 1978 untuk membangunkan kawasan Kelantan Selatan. Transformasi ini telah digerakkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Peserta dan peneroka ditawarkan kepada warga Kelantan yang tidak mempunyai tanah. Aliran tenaga kerja dari utara ke selatan negeri telah mengimbangi kepadatan penduduk di Kelantan.


PEMBANGUNAN ALA KELANTAN

Selepas BN memerintah Kelantan pada 1978, kepadatan penduduk di utara Kelantan memerlukan satu anjakan baru untuk mengimbangi taburan penduduk Kelantan keseluruhannya. YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang merangkap Menteri Kewangan telah merangka satu perancangan untuk membawa penduduk Kelantan Utara yang tidak mempunyai tanah untuk menyertai Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR (RKT).

Pembangunan tanah Ala Kelantan yang telah diilhamkan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah diiktiraf oleh Mantan Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika melakukan lawatan ke RKT Renok Baru pada 23 Februari 1982.

Beliau seterusnya telah membawa beberapa projek pembangunan utama yang memanfaatkan penduduk Wilayah Kelantan Selatan seperti lebuh raya, persiaran raya, hospital, sekolah, balai rakyat, balai bomba, ibu pejabat polis daerah dan lain-lain kemudahan ke Gua Musang.


YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah memperkenalkan slogan "Menuju Ke Selatan Membangun Kelantan".


WARNA WARNI PEMBANGUNAN GUA MUSANG

No comments:

 
Load Counter
massage chair