Friday, October 29, 2010

Menggalas Sokongan The Red Warrior


30 Oktober 2010 - Demam PRK N45 DUN Galas reda seketika bagi memberi laluan kepada Demam Piala Malaysia. Malam ini adalah malam penentuan. Perlawanan Akhir Piala Malaysia bakal menyaksikan pertemuan finalis tahun lalu iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan.

Skuad Kijang pastinya akan berusaha bermati-matian agar tidak berputih mata seperti tahun lalu sekaligus membawa pulang Piala Malaysia ke Negeri Cik Siti Wan Kembang ini buat pertama kalinya dalam sejarah Piala Malaysia. Manakala Negeri Sembilan selaku juara bertahan pastinya tidak mahu gelaran tersebut jatuh kepada lawan.

Atas semangat kesukanan yang tinggi serta sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan kesayangan - The Red Warrior, Barisan Nasional (BN) Kelantan telah bermurah hati menaja sejumlah 700 keping tiket percuma untuk diagihkan kepada jentera BN di dalam DUN Galas ini. Bukan itu sahaja. Sejumlah 25 buah bas turut disediakan bagi memastikan penyokong-penyokong pasukan Kelantan sampai dengan selamat ke Stadium Bukit Jalil.

Sumbangan tersebut juga adalah sebagai penghargaan kepada jentera BN yang bertungkus lumus membantu parti dan calon BN di dalam kempen PRK Galas.

Majlis pelepasan konvoi penyokong The Red Warrior telah disempurnakan oleh calon BN iaitu Saudara Aziz Yusof dan YB Datuk Razali Ibrahim - Timbalan Menteri Belia & Sukan yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indra Petra (1), Gua Musang pada jam 10.00 pagi. Turut hadir ialah Saudara Bazlan Baharuddin - Ketua Pemuda UMNO Gua Musang.

Sebelum berlepas, Saudara Aziz Yusof sempat mengingatkan para penyokong agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan memelihara tatasusila khususnya sepanjang perlawanan berlangsung.


SUASANA KEMERIAHAN PENYOKONG 'THE RED WARRIOR'

No comments:

 
Load Counter
massage chair