Kuasa
untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa
dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi
media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan
sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu berbangkit tentang pilihan
raya. Justeru, mereka bebas untuk
membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal
mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang
bertanding dalam pilihan raya.
Walau
bagaimanapun, untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), SPR akan berbincang dengan
pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama
terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Selain itu, SPR juga akan berbincang dengan
beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan
kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua
parti politik dan calon yang bertanding.
No comments:
Post a Comment