Wednesday, May 9, 2012

DAKWAAN 4 : SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) TELAH MENDAFTAR PEMILIH YANG TERDIRI DARIPADA WARGA ASING YANG TELAH MENDAPAT TARAF WARGANEGARA.

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas yang memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemprosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang. Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila dia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

No comments:

 
Load Counter
massage chair