Dakwaan
yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak
berasas. SPR telah memberi penjelasan
terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara
ini. Walau bagaimanapun perkara ini
terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu
pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di
dalam kawasan DUN dan Parlimen.
Apa
yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB
Tan Sri Khalid Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti
yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan Sub
Peraturan 25(3), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).
YAB
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1 Januari
1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya,
Selangor. Semasa pendataan borang
pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu
Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing / Parlimen P.105 Petaling
Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran
tersebut. Pada masa itu SPR tidak
menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah
sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar
merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Apabila Sistem EGIS (Electoral Geographical
Information System) dilaksanakan, SPR mula menyedari kesilapan penentuan
kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka
selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan
lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti Jalan
16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas
muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121
Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan.
Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis
sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat
penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke
Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.
No comments:
Post a Comment