Friday, May 11, 2012

DAKWAAN 6 : DAFTAR PEMILIH SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR) KOTOR KERANA MENGANDUNGI RAMAI PEMILIH YANG DIDAFTARKAN DI SATU-SATU ALAMAT.


Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat.  Apa yang berlaku ialah MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.  Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya.  Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.

Sebagai contoh, di Lokaliti Kampun Melayu Majidee di Johor yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan tidak lengkap.  Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee.  Hal ini telah disalahtafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat.  Sedangkan ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.

No comments:

 
Load Counter
massage chair