Sub
Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundi Pos) 2003
memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas
pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos. Justeru, melalui peruntukkan tersebut
petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di
kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.
Walau
bagaimanapun, tidak ke semua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat
Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas
tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih
awam yang lain. Demikian juga, sekiranya
seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan
dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan,
beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di
Pusat Mengundi berkenaan.
Adalah
menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang
datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai
pengundi biasa pada hari pengundian.
Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik
petugas dalam jumlah yang ramai. Justeru
itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri
daripada pemilh di kawasan mereka bertugas.
No comments:
Post a Comment