Isu
pengundi hantu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali
dijelaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu pengundi hantu
tidak wujud di dalam pilihan raya negara ini.
Pada SPR, dakwaan pengundi hantu adalah satu tohmahan yang sengaja
diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk
memburukkan imej SPR di mata umum.
Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana
pihak sama ada di dalam atau di luar mahkamah.
Dalam sejarah pilihan raya negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah
terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah
selepas pilihan raya.
Semasa
pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah
tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan
balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih. Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah
seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya pengundi hantu
sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan
nama-nama pengundi berkenaan dikekalkan di dalam daftar pemilih, sedangkan
mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.
No comments:
Post a Comment