Wednesday, August 8, 2012

Isu Berkaitan Residu.


LYNAS telah memberi jaminan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan bagi mengitar semula residu yang terhasil.  Dalam waktu yang sama syarikat menyediakan pelan dan mengenalpasti lokasi bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF).

LYNAS juga telah mengemukakan kepada kerajaan jaminan bertulis untuk membawa keluar residu yang terhasil dari negara ini sekiranya mereka tidak berjaya mengenalpasti lokasi bagi PDF yang dicadangkan.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Tuesday, July 31, 2012

Apakah Projek Yang Dilaksanakan Oleh LYNAS?


LYNAS Malaysia Sdn. Bhd. (LYNAS) adalah syarikat milik penuh LYNAS Corporation Ltd. dari Australia yang menjadi pengeluar dan penjual Nadir Bumi dan produk berkaitannya.

LYNAS merancang untuk mengimport bahan mentah Nadir Bumi dari Mount Weld di Australia Barat dan diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

LYNAS telah mendapat kelulusan Lesen Pengilang untuk menghasilkan ‘Nadir Bumi Oksida & Karbonat’ di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan pada 22 Januari 2008 tertakluk kepada akta berikut :

i)          Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
ii)         Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Kilang LYNAS di Gebeng akan mengeluarkan Nadir Bumi untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.  Residu yang terhasil dari proses pengilangannya akan dikitar semula sebagai produk komersil.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Monday, July 30, 2012

Apakah Nadir Bumi?



Nadir Bumi yang terhasil secara semulajadi adalah elemen penting di dalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pembuatan pelbagai produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalytic converter, turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata.

Pemintaan dunia untuk Nadir Bumi kini semakin meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan yang mana China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.

Pemprosesan Nadir Bumi ini mampu menarik pelaburan industri hiliran seperti pembuatan super magnet, komponen kenderaan hybrid, kapasitor seramik, polishing powder, mentol jimat tenaga dan sebagainya.

Industri ini akan membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan kimia.

Industri sokongan seperti pembekalan peralatan dan bahan-bahan kimia, logistik serta industri sokongan yang lain juga akan menerima faedah dengan wujudnya industri ini.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Sunday, July 29, 2012

Bagaimana Timbulnya Isu LYNAS?



Awal 2011, masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional bimbang mengenai status keselamatan projek LYNAS dan dikhuatiri memberi kesan terhadap kesihatan dan keselamatan awam.

Kebimbangan ini ditokok tambah dengan kebocoran loji nuklear di Fukushima lanjutan tragedi tsunami di Jepun.

Ekoran daripada kebimbangan masyarakat mengenai aspek kesihatan dan keselamatan projek, pada 22 April 2011, kerajaan memutuskan untuk melantik Panel Pakar Bebas Antarabangsa bagi memastikan LYNAS mematuhi semua aspek kesihatan dan keselamatan.

Sementara menunggu keputusan ujian tersebut, LYNAS tidak diberikan lesen pra operasi dan tidak dibenarkan mengimport bahan mentah dari Australia.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Wednesday, May 30, 2012

DAKWAAN 12 : ISU PENGUNDI HANTU.


Isu pengundi hantu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali dijelaskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini iaitu pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya negara ini.  Pada SPR, dakwaan pengundi hantu adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.  Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak sama ada di dalam atau di luar mahkamah.  Dalam sejarah pilihan raya negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah selepas pilihan raya.

Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih.  Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.  Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya pengundi hantu sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan dikekalkan di dalam daftar pemilih, sedangkan mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.

Friday, May 25, 2012

DAKWAAN 11 : ISU ANGGOTA POLIS DAN PASANGAN DIDAFTARKAN SEBAGAI PENGUNDI POS.


Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos.  Perkara ini disebut dengan jelas di bawah Sub Peraturan 3 (1) (c) undang-undang tersebut.  Prosedur memproses permohonan pendaftaran pengundi pos bagi anggota polis dibuat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda dalam kalangan mereka yang mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.

Sebagaimana anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).  Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi, mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos.  Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak seharusnya ditimbulkan.

Wednesday, May 23, 2012

DAKWAAN 10 : ISU ISTERI ANGGOTA TENTERA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI POS.


Peraturan 3 (1) (a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia adalah berhak mengundi secara pos.  Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit.

Untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir, dan berhak mengundi secara pos, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka.  Isteri atau suami kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia akan mengundi awal di Pusat-Pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi.  Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.
 
Load Counter
massage chair