LYNAS
Malaysia Sdn. Bhd. (LYNAS) adalah syarikat milik penuh LYNAS Corporation Ltd.
dari Australia yang menjadi pengeluar dan penjual Nadir Bumi dan produk
berkaitannya.
LYNAS
merancang untuk mengimport bahan mentah Nadir Bumi dari Mount Weld di Australia
Barat dan diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.
LYNAS
telah mendapat kelulusan Lesen Pengilang untuk menghasilkan ‘Nadir Bumi Oksida
& Karbonat’ di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan pada 22 Januari 2008
tertakluk kepada akta berikut :
i) Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
ii) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974
Kilang
LYNAS di Gebeng akan mengeluarkan Nadir Bumi untuk memenuhi permintaan
pelanggan mereka. Residu yang terhasil
dari proses pengilangannya akan dikitar semula sebagai produk komersil.
…bersambung
SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa &
Industri
No comments:
Post a Comment