Nadir
Bumi yang terhasil secara semulajadi adalah elemen penting di dalam inovasi
teknologi hijau termasuk dalam pembuatan pelbagai produk seperti telefon
bimbit, pemacu cakera, catalytic
converter, turbin angin, bateri kereta hybrid
dan paparan skrin rata.
Pemintaan
dunia untuk Nadir Bumi kini semakin meningkat pesat dan dijangka akan melebihi
bekalan di masa hadapan yang mana China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan
dunia.
Pemprosesan
Nadir Bumi ini mampu menarik pelaburan industri hiliran seperti pembuatan super magnet, komponen kenderaan hybrid, kapasitor seramik, polishing powder, mentol jimat tenaga
dan sebagainya.
Industri
ini akan membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang berkemahiran tinggi dalam
bidang teknikal seperti kejuruteraan kimia.
Industri
sokongan seperti pembekalan peralatan dan bahan-bahan kimia, logistik serta
industri sokongan yang lain juga akan menerima faedah dengan wujudnya industri
ini.
…bersambung
SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa &
Industri
No comments:
Post a Comment