Lima
prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai
nilai kenegaraan. Sejak dulu lagi
pemikir politik dan kenegaraan seperti Plato berpendirian bahawa nilai
kenegaraan adalah satu perkara yang sangat mendasar bagi setiap anggota
masyarakat atau negara secara keseluruhan.
Nilai
kenegaraan ini menyediakan kerangka acuan mengenai bagaimana masyarakat atau
rakyat sesebuah negara itu disatukan dan ia sekali gus bertindak sebagai
perilaku yang harus dimiliki dan ditunjukkan oleh seluruh warganegara.
Hakikatnya,
sekian lama Rukun Negara telah menjadi asas serta nilai dalam kehidupan yang
diyakini dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum
dan agama.
Rukun
Negara sudah menjadi semacam penyelenggaraan kehidupan bernegara, berbangsa dan
bermasyarakat. Jika dilihat dalam
konteks perpaduan hubungan etnik maka penghayatan terhadap prinsip-prinsip
Rukun Negara tersebut mampu membentuk individu dan masyarakat seperti yang dihasratkan
dalam objektif dan matlamat ideologi itu.
Demikianlah
Rukun Negara yang sudah menjadi ideologi rakyat Malaysia seperti Pancasila
menjadi ideologi rakyat Indonesia. Oleh
itu sewajarnyalah setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip
Rukun Negara itu.
SUMBER : Jabatan Hal
Ehwal Khas
No comments:
Post a Comment