Dari
segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya peristiwa
rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa
hitam tersebut telah mendorong pemimpin negara pelbagai kaum memikirkan satu
formula bagi memulihkan kaum yang lebih utuh dan kental.
Tun
Abdul Razak Hussein yang mengetuai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu
telah menubuhkan tiga badan iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan
Negara dan Majlis Perundingan Negara.
Hasil
daripada perbincangan-perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara
(MPN) maka lahirlah Rukun Negara. Rukun
Negara digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang
bersatu padu, adil dan harmoni.
Ideologi
negara ini telah diisytiharkan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970
iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke 13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara telah
menjadi dasar kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup
masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.
Ia
menjadi garis panduan atau pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia untuk
mencapai perpaduan kaum demi kedamaian, kesejahteraan, keharmonian dan
kemakmuran negara Malaysia. Justeru,
Rukun Negara merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini
untuk membentuk warga berintegriti, berwawasan dan dinamik.
SUMBER : Jabatan Hal
Ehwal Khas
No comments:
Post a Comment