Thursday, August 16, 2012

Saranan Utama Panel Pakar Bebas Antarabangsa Standard Keselamatan Antarabangsa Adalah :



i)          Laporan IAEA menyatakan bahawa LYNAS telah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh AELB dan DOE.

ii)         Laporan IAEA juga menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berhubung dengan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi standard IAEA.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Wednesday, August 15, 2012

Misi Panel Pakar Bebas Antarabangsa IAEA.



Pada 13 Mei 2011, kerajaan mengumumkan bahawa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang berpusat di Vienna, Austria telah melantik panel pakar bebas untuk :

i)          Memastikan LYNAS sentiasa mematuhi standard keselamatan dan amalan baik antarabangsa.
ii)         Memberi pandangan mengenai isu-isu keselamatan khususnya yang berkaitan dengan keselamatan radiasi.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Thursday, August 9, 2012

Apakah Keperluan Pematuhan Yang Disyaratkan Kepada LYNAS?



LYNAS mematuhi Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 yang dikuatkuasakan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) yang menetapkan standard keselamatan.

AELB turut memantau dan menilai kesan radiologi dari projek LYNAS yang meliputi pembinaan, operasi, pengangkutan, pengurusan sisa, penamatan operasi dan pemulihan alam sekitar.

Jabatan Alam Sekitar (DOE) adalah agensi penguatkuasa Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Standard keselamatan yang dikuatkuasakan oleh dua agensi tersebut adalah setanding malah lebih baik dari standard yang diterimapakai di peringkat antarabangsa.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Wednesday, August 8, 2012

Isu Berkaitan Residu.


LYNAS telah memberi jaminan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan bagi mengitar semula residu yang terhasil.  Dalam waktu yang sama syarikat menyediakan pelan dan mengenalpasti lokasi bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF).

LYNAS juga telah mengemukakan kepada kerajaan jaminan bertulis untuk membawa keluar residu yang terhasil dari negara ini sekiranya mereka tidak berjaya mengenalpasti lokasi bagi PDF yang dicadangkan.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Tuesday, July 31, 2012

Apakah Projek Yang Dilaksanakan Oleh LYNAS?


LYNAS Malaysia Sdn. Bhd. (LYNAS) adalah syarikat milik penuh LYNAS Corporation Ltd. dari Australia yang menjadi pengeluar dan penjual Nadir Bumi dan produk berkaitannya.

LYNAS merancang untuk mengimport bahan mentah Nadir Bumi dari Mount Weld di Australia Barat dan diproses di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.

LYNAS telah mendapat kelulusan Lesen Pengilang untuk menghasilkan ‘Nadir Bumi Oksida & Karbonat’ di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan pada 22 Januari 2008 tertakluk kepada akta berikut :

i)          Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984
ii)         Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

Kilang LYNAS di Gebeng akan mengeluarkan Nadir Bumi untuk memenuhi permintaan pelanggan mereka.  Residu yang terhasil dari proses pengilangannya akan dikitar semula sebagai produk komersil.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Monday, July 30, 2012

Apakah Nadir Bumi?



Nadir Bumi yang terhasil secara semulajadi adalah elemen penting di dalam inovasi teknologi hijau termasuk dalam pembuatan pelbagai produk seperti telefon bimbit, pemacu cakera, catalytic converter, turbin angin, bateri kereta hybrid dan paparan skrin rata.

Pemintaan dunia untuk Nadir Bumi kini semakin meningkat pesat dan dijangka akan melebihi bekalan di masa hadapan yang mana China menghasilkan sekitar 97% dari bekalan dunia.

Pemprosesan Nadir Bumi ini mampu menarik pelaburan industri hiliran seperti pembuatan super magnet, komponen kenderaan hybrid, kapasitor seramik, polishing powder, mentol jimat tenaga dan sebagainya.

Industri ini akan membuka peluang pekerjaan bagi mereka yang berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan kimia.

Industri sokongan seperti pembekalan peralatan dan bahan-bahan kimia, logistik serta industri sokongan yang lain juga akan menerima faedah dengan wujudnya industri ini.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Sunday, July 29, 2012

Bagaimana Timbulnya Isu LYNAS?



Awal 2011, masyarakat setempat khususnya persatuan penduduk, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional bimbang mengenai status keselamatan projek LYNAS dan dikhuatiri memberi kesan terhadap kesihatan dan keselamatan awam.

Kebimbangan ini ditokok tambah dengan kebocoran loji nuklear di Fukushima lanjutan tragedi tsunami di Jepun.

Ekoran daripada kebimbangan masyarakat mengenai aspek kesihatan dan keselamatan projek, pada 22 April 2011, kerajaan memutuskan untuk melantik Panel Pakar Bebas Antarabangsa bagi memastikan LYNAS mematuhi semua aspek kesihatan dan keselamatan.

Sementara menunggu keputusan ujian tersebut, LYNAS tidak diberikan lesen pra operasi dan tidak dibenarkan mengimport bahan mentah dari Australia.


…bersambung

SUMBER : Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
 
Load Counter
massage chair