Tuesday, October 26, 2010

Penamaan Calon N45 Galas

26 Oktober 2010 - Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Tanah & Jajahan Gua Musang, proses penamaan calon bagi PRK N45 - DUN Galas telah berlangsung dengan jayanya. PRK kali ini menyaksikan pertandingan dua penjuru di antara Calon BN (Abdul Aziz Yusof) dan Calon PAS (Dr. Zulkefli Mohamad). Pilihanraya ditetapkan pada 4 November 2010.


ANTARA PEMIMPIN YANG HADIR



SUASANA SEKITAR PENAMAAN CALON

Sunday, October 24, 2010

Menggalas Amanah Di Galas

24 Oktober 2010, jam 12 tengah hari, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Projek Perumahan Rakyat di Taman Wangi, Gua Musang.

Projek yang bernilai RM180 juta ini semestinya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Gua Musang memandangkan rumah adalah keperluan asas setiap manusia tanpa mengira fahaman politik.

Projek yang pertama seumpamanya ini di Kelantan akan dibangunkan di tanah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) seluas 13.8 hektar menyaksikan pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah yang terdiri daripada 18 blok rumah pangsa lima tingkat.

Setiap satu unit berharga antara RM85,000 hingga RM125,000 dan agihan akan dibuat secara saksama iaitu masing-masing 50% untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Bagi mengurangkan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah, subsidi diberikan yang mana pembeli hanya perlu membayar kurang daripada RM35,000 bagi setiap unit.

Projek ini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.


Foto-Foto Sekitar Majlis Perasmian

Calon PAS Di Galas Orang Asli?

Ini Bukan Orang Asli


Datuk Husam Musa - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan pernah memberi bayangan bahawa PAS akan meletakkan calon di kalangan Orang Asli bagi merebut kerusi DUN Galas.

Nama yang disebut-sebut ialah Pandak a/l Panjang Ey. Beliau merupakan seorang jurutera dan juga pegawai perhubungan masyarakat Orang Asli.

Namun pada 21 Oktober 2010 yang lalu, bertempat di Dataran Ilmu, Gua Musang, PAS telah mengumumkan bahawa calon mereka ialah Dr. Zulkifli Mohamad - seorang yang bukan dari kalangan Orang Asli.

Mungkin PAS merasakan bahawa Orang Asli masih belum layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. PAS UNTUK SEMUA.. TAPI BUKAN UNTUK ORANG ASLI..

Wallahualam..
 
Load Counter
massage chair