24 Oktober 2010, jam 12 tengah hari, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Projek Perumahan Rakyat di Taman Wangi, Gua Musang.
Projek yang bernilai RM180 juta ini semestinya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Gua Musang memandangkan rumah adalah keperluan asas setiap manusia tanpa mengira fahaman politik.
Projek yang pertama seumpamanya ini di Kelantan akan dibangunkan di tanah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) seluas 13.8 hektar menyaksikan pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah yang terdiri daripada 18 blok rumah pangsa lima tingkat.
Setiap satu unit berharga antara RM85,000 hingga RM125,000 dan agihan akan dibuat secara saksama iaitu masing-masing 50% untuk bumiputera dan bukan bumiputera.
Bagi mengurangkan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah, subsidi diberikan yang mana pembeli hanya perlu membayar kurang daripada RM35,000 bagi setiap unit.
Projek ini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Foto-Foto Sekitar Majlis Perasmian
SPRM BERTINDAK TEGAS - KES TEOH BENG HOCK
12 years ago
No comments:
Post a Comment