24 Oktober 2010, jam 12 tengah hari, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin - Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Projek Perumahan Rakyat di Taman Wangi, Gua Musang.
Projek yang bernilai RM180 juta ini semestinya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat Gua Musang memandangkan rumah adalah keperluan asas setiap manusia tanpa mengira fahaman politik.
Projek yang pertama seumpamanya ini di Kelantan akan dibangunkan di tanah milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) seluas 13.8 hektar menyaksikan pembinaan sebanyak 1,500 unit rumah yang terdiri daripada 18 blok rumah pangsa lima tingkat.
Setiap satu unit berharga antara RM85,000 hingga RM125,000 dan agihan akan dibuat secara saksama iaitu masing-masing 50% untuk bumiputera dan bukan bumiputera.
Bagi mengurangkan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan memastikan semua rakyat mampu memiliki rumah, subsidi diberikan yang mana pembeli hanya perlu membayar kurang daripada RM35,000 bagi setiap unit.
Projek ini diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.
Datuk Husam Musa - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan pernah memberi bayangan bahawa PAS akan meletakkan calon di kalangan Orang Asli bagi merebut kerusi DUN Galas.
Nama yang disebut-sebut ialah Pandak a/l Panjang Ey. Beliau merupakan seorang jurutera dan juga pegawai perhubungan masyarakat Orang Asli.
Namun pada 21 Oktober 2010 yang lalu, bertempat di Dataran Ilmu, Gua Musang, PAS telah mengumumkan bahawa calon mereka ialah Dr. Zulkifli Mohamad - seorang yang bukan dari kalangan Orang Asli.
Mungkin PAS merasakan bahawa Orang Asli masih belum layak untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. PAS UNTUK SEMUA.. TAPI BUKAN UNTUK ORANG ASLI..
Bagi menghadapi cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia, Malaysia perlu bangkit, berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa iaitu bangsa Malaysia yang berkongsi satu matlamat yang sama iaitu untuk membina sebuah negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur serta mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di peringkat antarabangsa.
Justeru itu, 1 MALAYSIA yang berpaksikan kepada konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan telah diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.Gagasan 1 MALAYSIA ini amat bertepatan dan sejajar dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
2.Definisi
”Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.One People.Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” – Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.
Dalam memberikan definisi, kenyataan tersebut perlu dibahagi kepada dua bahagian :
i)Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia = Rakyat majmuk perlu berfikir dan bertindak melepasi sempadan kaum, kepentingan dan budaya masing-masing.
ii)Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita = Kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan etnik.
3.Matlamat
Mengekal dan meningkatkan perpaduan kaum yang akan dijadikan senjata dan perisai untuk kita menghadapi sebarang cabaran.
Mewujudkan sebuah Kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan dan kepentingan rakyat.
4.3 Prinsip Teras
i)Prinsip Penerimaan
Rakyat pelbagai kaum yang berbeza agama, budaya, cara hidup dan amalan menerima kewujudan dan kehadiran kaum lain sebagai rakan setia.Sanggup berkongsi kemakmuran negara.
ii)Prinsip Kenegaraan
Prinsip ini bukanlah sesuatu yang baru.Ia adalah prinsip yang telahwujud sejak dari era kemerdekaan dan telah dizahirkan oleh pucuk pimpinan negara sejak dari itu.
- Tunku Abdul Rahman bersama-sama Tun Tan Cheng Lock dan Tun VT Sambanthan berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.Mereka tidak berjuang untuk memerdekakan bangsa masing-masing tetapi berjuang untuk memerdekakan sebuah NEGARA.
- Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak pula adalah bertujuan untuk menyatupadukan rakyat demi kestabilan politik, ekonomi dan sosial NEGARA.
- Meneruskan dan memperkukuhkan usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum demi kemajuan NEGARA sehingga diberi jolokan Bapa Perpaduan.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memacu NEGARA ke arah sebuah Negara maju dan telah menjadikan tahun 2020 sebagai sasaran.
- Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui konsep Cemerlang, Gemilang, Terbilang telah memupuk semangat cintakan NEGARA dan kesepakatan di kalangan rakyat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
iii)Prinsip Keadilan Sosial
Setiap rakyat tanpa mengira latar agama dan kaum akan diberi keadilan kebajikan dan sosial sebaik mungkin.
Setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
Walau bagaimanapun, prinsip ini bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan tidak rasional sehingga boleh menjejaskan kestabilan Negara.
5.8 Nilai 1 MALAYSIA
i)Budaya Kecemerlangan
Kejayaan sesebuah negara bergantung kepada budaya kecemerlangan rakyatnya.Semakin tinggi budaya kecemerlangan itu maka semakin berjayalah negara tersebut.
Budaya Kecemerlangan perlu diamalkan secara konsisten dan berterusan bagi memastikan kejayaan akan terus dinikmati tanpa henti dan akan terus meningkat.
Prinsip ketepatan merupakan elemen utama dalam menjamin kecemerlangan.Prinsip ini termasuklah ketepatan pengurusan masa, jadual penyampaian, pembentukan keputusan dan sebagainya.Sistem Petunjuk Utama (KPI) dijadikan kayu pengukur yang sistematik dalam memastikan ketepatan ini tercapai.
Ketepatan dalam semua bidang khususnya dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan import dan eksport akan menjadikan negara asing mengiktiraf keberkesanan dan kualiti Malaysia.
ii)Ketabahan
Ketabahan dan ketekunan amat diperlukan dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa yang kukuh.Segala dugaan dan cabaran perlu dihadapi dengan penuh kesabaran sama ada oleh pemimpin mahu pun rakyat.
Semangat kerja keras, dedikasi dan komited adalah ramuan terbaik untuk mencapai sesuatu matlamat.
Ketabahan juga amat perlu dalam memperbaiki peribadi bagi memperbetulkan kesilapan terdahulu atau kegagalan silam.
Pendekatan dan usaha yang kreatif perlu diambil dalam menghadapi kegagalan dan seterusnya menghasilkan perubahan yang lebih besar dan mantap.
iii)Rendah Hati
Rendah hari atau Tawadduk amat dituntut di dalam Islam. Begitu juga dengan agama-agama lain.
Rendah hati tidak bermakna kita perlu tunduk atau mengalah dengan orang lain tanpa alasan yang rasional.
Kelebihan dan kemampuan diri tidak boleh ditonjolkan dan dibanggakan dengan cara yang tidak disenangi oleh orang lain.
Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar,sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
iv)Penerimaan
Penerimaan dan toleransi adalah dua perkara berbeza.Penerimaan memperlihatkan perlakuan positif yang menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan keikhlasan hati tanpa sebarang unsur paksaan.Toleransi pula berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan terpaksa menerima sesuatu keadaan tanpa kejujuran total.
Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik amat penting bagi membina sebuah negara bangsa.Perkara-perkara terbaik daripada Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterimapakai serta mendapat penerimaan daripada keseluruhan masyarakat negara ini.
Semua program dan peruntukan kewangandaripada kerajaan akan diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama tanpa mengira batas keturunan, agama dan fahaman politik.Begitu juga dengan agihan lain seperti peluang pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek.
Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
v)Kesetiaan
Sejajar dengan prinsip kedua Rukun Negara iaitu KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.Prinsip ini perlu dipegang teguh dan dijunjung tinggi melebihi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.
Rakyat yang tidak menunjukkan kesetiaan kepada pemimpin akan menyebabkan Negara hancur.
Pemimpin perlu menghindari sikap sombong dan tidak mahu menerima kritikan atau teguran.Kritikan pula perlu diluahkan dengan niat dan cara yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat diperbaiki untuk kebaikan bersama.
Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan perlu dihindari.
Kesetiaan yang berorientasikan cara mengampu juga perlu dijauhi agar tidak disalahgunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.
vi)Meritokrasi
Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan di dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk membangunkan Negara.Walau bagaimanapun dalam keadaan tertentu kerajaan masih perlu membantu golongan yang kurang bernasib baik atau ketinggalan dari segi peluang menikmati pembangunan arus perdana.
Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan.Pemilihan berasaskan prestasi budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Negara dalam semua bidang.
Prinsip ini akan membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
vii)Pendidikan
Ilmu dan pendidikan adalah kunci kejayaan sesebuah negara.Kekuatan dan ketahanan masyarakat yang berasaskan ilmu dan pendidikan adalah lebih ampuh berbanding kekuatan ketenteraan.
Budaya membaca dan juga budaya pembelajaran sepanjang hayat berupaya melahirkan rakyat yang terbuka mindanya.
Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasuki sekolah vernakular.Manakala Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil perlu sentiasa mencari peluang untuk berinteraksi sesama sendiri melalui anjuran aktiviti secara bersama.
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk merealisasikan 1 MALAYSIA.
viii)Integriti
Amat penting dalam membina kepercayaan dan keyakinan rakyat.Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pucuk pimpinan negara hinggalah kepada rakyat di peringkat akar umbi.
Kebenaran perlu ditegakkan walaupun amat pahit dan sukar diterima.
Mengenepikan sebarang kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan.Kepentingan Negara perlu diutamakan mengatasi kepentingan lain.
6.Penutup
Semua kaum perlu melihat bahawa mereka adalah bangsa Malaysia yang mana segala-galanya perlu dinikmati bersama.Tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati kemajuan dan pembangunan arus perdana serta pembelaan daripada kerajaan.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran maklumat, modal, nilai, budaya dan kepercayaan secara bebas dan pantas.Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
Tanggal 28 Mac 2009 menyaksikan tercatatnya satu sejarah apabila Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Bekas Presiden UMNO-Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad beserta isteri muncul di dalam Perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC.
Sejarah sekali lagi terukir apabila pada tanggal 4 April 2009, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir kembali semula ke pangkuan UMNO. Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO yang baru-Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah menerima borang keahlian beserta RM2.00 dari Tun Dr. Mahathir.
Seperti juga kebanyakan ahli UMNO dan parti komponen BN yang lain yang keluar meninggalkan BN, Tun Dr. Mahathir keluar meninggalkan parti bukan kerana tertarik dengan perjuangan dan manifesto pembangkang tetapi kerana kecelaruan dan masalah dalaman yang berlaku di dalam UMNO serta parti komponen BN yang lain.
Ini amat jelas apabila Tun Dr. Mahathir melalui beberapa siri, menzahirkan pandangan beliau mengenai kecelaruan dan kebobrokkan yang dicetuskan oleh ahli keluarga UMNO sendiri. Betapa UMNO perlu dirawat segera jika ahlinya tidak mahu melihat UMNO berkubur tanpa nisan.
Tun Dr. Mahathir bukan sahaja masuk semula ke dalam UMNO malah membantu jentera BN dalam menawan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Beliau sendiri turun padang dan bertemu dengan rakyat bagi meraih semula kepercayaan dan sokongan rakyat untuk berdiri semula di belakang BN.
Ini merupakan bukti bahawa Tun Dr. Mahathir tidak pernah melupakan UMNO dan BN. Kecintaan seorang negarawan terhadap partinya ini adalah contoh terbaik yang perlu diikuti oleh semua ahli BN khususnya mereka yang telah keluar dari parti tersebut.
Justeru, kepada semua anggota BN yang telah keluar meninggalkan bahtera BN, renungkanlah. Sekiranya seorang bekas pemimpin yang pernah memimpin sebuah negara dan sebuah parti telah kembali semula ke dalam parti atas dasar mempercayai sepenuhnya pucuk pimpinan baru negara dan parti, anda juga perlu melakukan perkara yang sama.
Kini tibalah masanya untuk anda semua masuk semula ke dalam BARISAN agar SAF pentadbiran negara akan lebih kukuh dan ampuh demi melahirkan SATU MALAYSIA.
Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi telah mengundurkan diri sebagai Menteri Besar atas nasihat Allahyarham Tun Hussein Onn pada 30 September 1977 selepas Sultan Perak-Almarhum Sultan Idris Shah tidak memperkenalkan perlantikan beliau.
Ir. Nizar Jamaluddin enggan meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mendapati Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN.
Tan Sri Ghazali patuh kepada pucuk pimpinan dan Raja-Raja Melayu kerana tidak mahu kepimpinan negara serba salah dan tidak mahu menyusahkan rakyat atau pemimpin negeri.
Ir. Nizar berdegil tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar malahan dengan angkuh mencabar Sultan Perak dengan ungkapan : "Ampun Tuanku, patik mohon derhaka...". Ungkapan itu bukti nyata beliau derhaka.
Tan Sri Ghazali memberi pengiktirafan kepada Menteri Besar yang baru dilantik.
Ir. Nizar tetap membantah walaupun Menteri Besar Perak yang baru sudah menerima watikah perlantikan daripada Paduka Seri Sultan Perak pada 6 Februari 2009. Ir. Nizar juga enggan keluar dari rumah kediaman, enggan memulangkan kereta rasmi dan cuba memasuki semula Pejabat Menteri Besar, bukti kukuh beliau ingkar dan derhaka kepada titah Sultan Perak.
Tiada demonstrasi jalana berlaku semasa Tan Sri Ghazali meminta penyokongnya bertenang dan menghormati keputusan Sultan Perak.
Kerana gila kuasa, penyokong Ir. Nizar membuat demonstrasi jalanan, menyekat laluan Raja Muda Perak masuk ke istana, baring di atas jalan, menimbulkan huru-hara, memaki hamun, menyerang dan menakut-nakutkan orang awam, bertindak liar dan pecahkan harta awam.
Sehingga hari ini, Ir. Nizar masih berdegil. Maka siapakah yang sebenarnya PENDERHAKA?
UMNO tidak pernah menderhaka kepada Raja. UMNO dilahirkan di Istana Besar Johor pada tahun 1946 kerana Al-Marhum Sultan Johor sangat sayangkan UMNO sehingga bersetuju membenarkan istana baginda dijadikan tempat perisytiharan kelahiran UMNO. Sama sekali UMNO tidak derhaka kepada Raja Melayu kerana Raja-Raja Melayu umpama 'bapa kepada UMNO'.
UMNOlah yang menyelamatkan Raja-Raja Melayu daripada dihapuskan oleh British melalui cadangan penubuhan Malayan Union pada tahun 1947. British cuba menggantikan kuasa Raja Melayu dengan Malayan Union tetapi dibantah UMNO.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kuasa Raja Melayu. Wujud sistem Raja Berperlembagaan yang memberi kuasa kepada Raja Melayu sebagai Ketua Pemerintah dan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan.
TEGURAN PERKASA RAJA UMNO menegur Raja-Raja Melayu pada tahun 1990 untuk mengembalikan maruah institusi Raja Melayu supaya Raja-Raja Melayu tidak digunakan oleh pihak tertentu. Teguran itu memperjelaskan hak-hak Raja Melayu dalam Perlembagaan.
Kuasa Raja-Raja Melayu tidak diubah. Imuniti Raja dalam perundangan tidak diubah. Yang diperjelaskan adalah apabila sesuatu rang undang-undang tidak ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dalam masa tertentu, ia boleh diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Pemimpin UMNO tidak seperti NIzar Jamaluddin yang ingkar, degil dan biadap hingga SANGGUP DERHAKA DAN ENGGAN MOHON MAAF KEPADA PADUKA SERI SULTAN PERAK SEHINGGA SEKARANG.
Soal tanah sentiasa menjadi isu yang hangat dan sensitif di kalangan rakyat Malaysia khususnya di kalangan orang Melayu. Yang terbaru isu ini digembar-gemburkan oleh PR di Bukit Gantang sempena Pilihan Raya Kecil parlimen tersebut. PR menuduh BN menggadai tanah untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin BN.
Kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya pengundi di Bukit Gantang, adalah menjadi satu kebijakkan sekiranya anda tidak menelan bulat-bulat tuduhan tersebut. Pemerhatian, kajian dan renungan sedalam-dalamnya perlu dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan.
PR telah memberikan hak pemilikan tanah selama 99 tahun kepada beberapa individu di Perak. Sekali imbas memang tindakan tersebut dilihat amat prihatin terhadap keperluan sesetengah individu. Tetapi jika diperhalusi, bukankah pemberian hak milik tanah kepada individu secara membuta tuli itu menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada masyarakat keseluruhannya? Apakah adil jika PR hanya memenuhi keperluan beberapa individu tetapi dalam masa yang sama mengabaikan keperluan majoriti masyarakat yang lain?
Tanah adalah sumber yang amat berharga dan terhad. Tanah sepatutnya diuruskan dengan bijak dan optimum bagi memastikan manfaat dapat dicapai pada tahap paling maksimum.
Contohnya sebidang tanah yang berpotensi untuk dimajukan adalah lebih sesuai jika dijadikan kawasan perindustrian. Kilang-kilang yang bakal dibina di kawasan perindustrian tersebut bukan sahaja akan menjana pendapatan negara malah turut membuka peluang pekerjaan khususnya kepada anak tempatan.
Limpahan kemakmuran ekonomi di kawasan perindustrian tidak terhenti setakat itu sahaja. Apabila kawasan tersebut telah menjadi tumpuan orang ramai khususnya para pekerja, maka akan timbul pula jaringan kemudahan yang lain seperti jalan raya, rumah kediaman, sekolah, klinik, premis perniagaan dan sebagainya. Bukankah ini lebih memberi manfaat kepada rakyat dalam jumlah yang lebih besar?
Berbanding jika tanah tersebut diberikan hanya kepada individu tertentu. Sudah pasti penggunaan tanah tersebut lebih bersifat peribadi. Pemilik tanah yang baru itu pasti tidak akan membina kilang di tanah miliknya itu sebaliknya akan membina sebuah rumah untuk kegunaan peribadi dan keluarganya sahaja. BUKANKAH INI SATU PEMBAZIRAN?
Situasi ini diburukkan lagi dengan tempoh pemberian yang tidak masuk akal iaitu selama 99 tahun. Pemilikan selama ini pasti akan mengganggu perancangan bandar khususnya di peringkat tempatan dan negeri. Dalam tempoh tersebut, sebarang perancangan untuk memajukan kawasan tersebut tidak dapat dilaksanakan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran pemilik tanah tersebut.
Maka, berdasarkan hujah di atas, mari kita kembali kepada persoalan asal. SIAPA SEBENARNYA YANG MENGGADAI TANAH UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI? PR atau BN?