Tuesday, November 2, 2010
Monday, November 1, 2010
Jambatan Baru Untuk Warga Galas
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata jambatan gantung dan jambatan sempit berkenaan digunakan lebih 1,500 penduduk dan pelajar dari Kampung Batu Papan 1, Kampung Batu 2 serta Kampung Batu Papan Kundur, untuk berulang-alik ke Gua Musang dan sekolah.
“Jadi, saya akan bawa cadangan untuk membina jambatan ganti kepada kerajaan pusat untuk dipertimbangkan, kerana kita tidak mahu sebarang kemalangan yang tidak dingini berlaku, lebih-lebih lagi terhadap pelajar sekolah yang sering menggunakan jambatan ini untuk berulang-alik ke tiga buah sekolah berhampiran,” kataya kepada pemberita selepas melawat Kampung Batu Papan.
Beliau berkata perkara itu bukan janji pilihan raya, tetapi ia bagi memenuhi keperluan rakyat.
“Kita tidak berjanji, namun kita akan usahakan. Kalah atau menang dalam pilihan raya kecil, itu kemudian kira. Yang penting, kerajaan BN mahu membantu kebajikan penduduk kampung di kawasan ini, yang terpaksa bergilir-gilir melaluinya setiap kali ada kenderaan dari arah bertentangan,” katanya.
Awang Adek berkata cadangan pembinaan jambatan baru itu telah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau melawat Kampung Batu Papan baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan jumlah kos yang dijangka terlibat untuk membina jambatan ganti itu.
Dalam perkembangan lain, Awang Adek berkata Pas seolah-olah telah kehabisan modal apabila menggunakan isu royalti untuk berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
“Ini menunjukkan Pas tidak menghormati undang-undang. Mereka tidak patut membangkitkan isu itu kerana ia masih dalam peringkat mahkamah. Kita bukan tidak boleh menjawab mengenainya (royalti), tetapi kita tidak mahu terikut-ikut dengan cara mereka,” katanya.
Balak Diratah
Pembalakan yang berleluasa di sekitar Lojing masih berterusan. Demi keuntungan, Kerajaan Kelantan seolah-olah menutup mata.
Aktiviti ini bukan sahaja mampu mengganggu ekosistem alam malah turut boleh mengundang bencana seperti tanah runtuh, banjir lumpur, pemusnahan habitat haiwan dan pemanasan global.
Selain itu, pembalakan seperti ini juga mengganggu kehidupan penduduk sekitar khususnya Orang Asli yang sangat bergantung kepada hasil hutan.
Sunday, October 31, 2010
Piala Malaysia Bakal Digalas Di Galas.

Turut akan bersama warga Galas esok ialah para pemain The Red Warrior.
Justeru warga Galas dan kawasan sekitarnya dijemput untuk bersama-sama memeriahkan sambutan yang julung-julung kalinya diadakan ini.
Warga Galas kini adalah sebahagian daripada sejarah gemilang Kelantan. Dan pada 4 November 2010, warga Galas sekali lagi berpeluang untuk mencipta satu lagi sejarah gemilang iaitu dengan memastikan kemenangan kepada calon BN dalam PRK N45 DUN Galas. Sekiranya ini berlaku, maka ini adalah KEMENANGAN BERGANDA kepada warga Galas khususnya dan warga Kelantan amnya.


